SCC i-Gold adalah produk pembiayaan peribadi terbaru berlandaskan syariah dari Perbadanan Pinjaman Sabah yang direka khas kepada kakitangan kerajaan negeri & persekutuan yang sudah menerima pencen.
Had maksima kemudahan kredit tunai sejumlah RM100,000
Pelbagai kaedah pembayaran
SCC i-Gold adalah produk pembiayaan peribadi terbaru berlandaskan syariah dari Perbadanan Pinjaman Sabah yang direka khas kepada kakitangan kerajaan negeri & persekutuan yang sudah menerima pencen.
Kadar keuntungan tetap serendah 3.99% setahun
Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun
Kemudahan ini tidak memerlukan penjamin* (Tertakluk kepada terma & syarat)
Pembiayaan dilindungi Takaful
Pemohon mestilah seorang warganegara yang berumur tidak lebih dari 67 tahun;
Pemohon mestilah sedang menerima pencen tidak kurang daripada RM1,500.00;
Pengiraan kelayakan maksimum individu pemohon adalah (Pencen Kasar x 12), tertakluk kepada jumlah pembiayaan maksimum RM100,000 dan jumlah tanggungan tidak melebihi 50% dari elaun pencen persaraan bulanan.
Borang Permohonan Lengkap
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Kad Pencen disahkan benar oleh JPN
Penyata Pencen disahkan benar oleh JPN
Penyata Akaun Bank
Bil Utiliti
Salinan Borang Arahan tetap / Debit langsung
Kaedah arahan tetap (Standing Instruction) daripada mana-mana bank
Bayaran melalui atas talian (Mana-mana perbankan internet)
JOMPAY
SABAH PAY
Bayaran tunai (Mana-mana kaunter PPS)
SCC i-Gold merupakan produk pembiayaan jangka pendek yang diberikan kepada pesara untuk kegunaan peribadi mereka.
Bai al-‘Inah (Penjualan dan Pembelian Semula)
Bai al-‘Inah merujuk kepada kontrak yang membabitkan urus niaga jualan dan pembelian semula aset oleh penjual. Dalam urus niaga ini, penjual menjual aset kepada pembeli secara tunai dan kemudian membelinya semula pada harga yang tertunda yang lebih tinggi dari harga jualan tunai. Transaksi ini juga dijalankan di mana penjual menjual aset kepada pembeli pada harga yang tertunda dan kemudian membelinya semula secara tunai pada harga yang lebih rendah daripada harga jualan tertunda.
Struktur / Prosedur
Pelanggan memohon pembiayaan daripada daripada SCC;
SCC mengeluarkan Surat Tawaran;
Pelanggan menandatangani Memorandum Penerimaan dalam Surat Tawaran;
Pelanggan diberikan had kemudahan kredit aliran tunai;
Pelanggan menghantar Notis Penggunaan Kemudahan kepada SCC;
Perlaksanaan Memorandum Penjualan Aset / Pembelian Semula Aset;
Surat Tawaran Tambahan (jika perlu).
Had Kemudahan Kredit sehingga RM 100,000.00 (maksima)
Kadar Keuntungan: 3.99% setahun (Kadar tetap)
Tempoh bayaran pembiayaan sehingga 120 bulan (maksima)
Duti Setem : seperti termaktub dalam Akta Duti Setem 1949 (Kemas kini);
Tiada yuran komitmen ke atas jumlah had kemudahan kredit aliran tunai yang tidak digunakan;
Sumbangan takaful - Berbeza mengikut jumlah & tempoh pembiayaan serta umur pelanggan.
Pelanggan perlu membayar caj bayaran lewat (“CBL”) seperti yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran Kemudahan Pembiayaan.
Pelanggan boleh membuat penyelesaian awal sebelum tempoh kemudahan matang dan tiada sebarang caj yang akan dikenakan.
SCC akan memberi ibra’ (rebat) apabila pelanggan melakukan penyelesaian awal, sepertimana yang digariskan oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia.
Pelanggan diwajibkan untuk mengambil Perlindungan Takaful daripada syarikat takaful panel Perbadanan. Sumbangan Takaful yang perlu dibayar akan ditolak daripada jumlah kemudahan yang diluluskan sebelum pengeluaran pembayaran kemudahan.