Bay al-‘Inah (Penjualan dan Pembelian Semula)
Bay al-‘Inah merupakan gabungan beberapa siri kontrak di mana dalam kontrak penjualan pembeli (pelanggan) membeli aset daripada penjual (SCC) dengan harga jualan yang dibayar secara ansuran bulanan. Dalam kontrak pembelian pula SCC kemudiannya membeli asset daripada pelanggan dengan harga belian yang sama jumlah pembiayaan yang dipohon. Proses ini akan berulang setiap kali pelanggan memohon pembiayaan kepada SCC melalui Notis Penggunaan dan pelaksanaan Memorandum Penjualan Aset kemudiannya Memorandum Pembelian Aset.
Struktur / Prosedur
Pelanggan memohon pembiayaan daripada daripada SCC;
SCC mengeluarkan Surat Tawaran;
Pelanggan menandatangani Memorandum Penerimaan dalam Surat Tawaran;
Pelanggan diberikan had kemudahan kredit aliran tunai;
Pelanggan menghantar Notis Penggunaan Kemudahan kepada SCC;
Perlaksanaan Memorandum Penjualan Aset / Pembelian Semula Aset;
Surat Tawaran Tambahan (jika perlu).