Notis Privasi

Notis ini dikeluarkan selaras dengan keperluan-keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Langkah memastikan data peribadi individu ("subjek data") disimpan dengan selamat amat dititikberatkan oleh kami semua di Perbadanan Pinjaman Sabah (Sabah Credit Corporation). Kami melindungi data ini dengan mewujudkan pelindung fizikal, elektronik dan prosedur yang mematuhi atau lebih ketat lagi daripada undang-undang yang berkuat kuasa.

Kami melatih kakitangan kami tentang cara pengendalian data peribadi dengan wajar. Apabila kami menggunakan pihak lain untuk menyediakan perkhidmatan kepada kami, kami mewajibkan mereka melindungi kerahsiaan data peribadi yang diterima oleh mereka.

Data peribadi yang dikumpul dan disimpan oleh kami:

Untuk membolehkan kami mengendali pertanyaan anda, membuka dan mengendalikan akaun/fasiliti untuk anda dan/atau untuk secara amnya memberikan anda produk dan perkhidmatan kami, kami mungkin perlu dan/atau mungkin diperlukan untuk mengumpul, merekod, memegang, menggunakan, mendedahkan dan menyimpan (iaitu "memproses") maklumat peribadi dan maklumat kewangan mengenai anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat peribadi seperti dibawah:

  • butir-butir peribadi anda (seperti nama, umur, jantina, nombor kad pengenalan, nombor pasport, tarikh lahir, pendidikan, bangsa, keturunan, warganegara);
  • butir-butir hubungan (seperti alamat, e-mel, nombor telefon);
  • maklumat keluarga (seperti status perkahwinan, nama suami isteri atau anak atau keluarga terdekat);
  • butir-butir pekerjaan (seperti nama majikan, lingkungan pendapatan, jawatan, tanggungjawab kerja, maklumat hubungan dan alamat majikan);
  • maklumat-maklumat lain seperti rujukan kewangan (berkenaan kemudahan-kemudahan perbankan lain yang digunakan oleh anda);
  • data peribadi daripada laporan biro kredit;
  • data peribadi daripada laporan potongan gaji;
  • data peribadi daripada agensi pelaporan kredit;
  • data peribadi daripada agensi kerajaan;
  • data peribadi untuk produk insuran/takaful.

Tujuan pengumpulan data peribadi anda:

Data peribadi anda mungkin digunakan bagi tujuan berikut:

  • Memproses permohonan pelanggan untuk akaun-akaun perbankan, perkhidmatan-perkhidmatan dan/atau kemudahan-kemudahan;
  • untuk menilai dan memantau kebolehpercayaan kredit;
  • untuk melayan pelanggan dan menyediakan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan, termasuk memproses penerimaan dan pembayaran;
  • bagi tujuan pemprosesan data;
  • untuk menilai dan memantau penyediaan perkhidmatan;
  • untuk membalas pertanyaan daripada pelanggan;
  • bagi tujuan insuran/takaful;
  • untuk memahami keperluan pelanggan dan menawarkan produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan tersebut;
  • bagi penyelidikan dan pembangunan produk dan perkhidmatan untuk kegunaan pelanggan;
  • bagi tujuan pungutan hutang;
  • untuk menguatkuasakan hak kami dan obligasi pihak lain kepada kami;
  • untuk menilai, memproses dan menyiasat risiko dan tuntutan insurans/takaful;
  • untuk memenuhi keperluan undang-undang dan peraturan;
  • bagi pengurusan risiko;
  • bagi sebarang maksud lain yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai atau dengan kebenaran anda;
  • bagi semua maksud lain yang sampingan pada dan berkaitan dengan mana-mana maksud di atas.

Penzahiran data peribadi anda:

Data peribadi anda akan dirahsiakan tetapi data peribadi tersebut mungkin diberikan kepada golongan pihak berikut bagi maksud yang dibentangkan di atas:

  • kepada mana-mana agen, kontraktor, penyedia perkhidmatan, sistem komunikasi, penjelasan atau pembayaran atau bank pengantara yang mungkin digunakan oleh kami;
  • biro kredit;
  • sebarang institusi kewangan dan syarikat pengeluaran kad caj atau kad kredit yang berurusan atau bakal berurusan dengan anda;
  • mana-mana pihak yang memberikan atau bercadang untuk memberikan sebarang jaminan, tanggung rugi atau cagaran untuk menjamin obligasi anda kepada kami;
  • didedahkan/dibekalkan kepada pihak ketiga yang berkenaan bagi tujuan penjualan silang, pemasaran dan promosi termasuk untuk menjalankan tawaran;
  • kepada mana-mana pihak yang perlu kami zahirkan di bawah atau menurut undang-undang, mahkamah, pengawal selia atau proses undang-undang;
  • kepada mana-mana pihak yang dibenarkan di bawah undang-undang Malaysia;
  • Data peribadi anda mungkin disimpan atau dipindahkan ke lokasi dan sistem di luar Malaysia tertakluk kepada kawalan yang sesuai terhadap keselamatan maklumat.

Pertanyaan atau Aduan:

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, masalah atau aduan berkaitan dengan Notis Privasi ini atau cara kami mengendalikan maklumat peribadi anda, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Perbadanan yang beralamat seperti berikut:

SABAH CREDIT CORPORATION
(Untuk Perhatian: Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Wisma Perbadanan Pinjaman Sabah
Donggongon New Township,
89500, Penampang,
Sabah, Malaysia.
Tel: 088-323800
Fax: 088-710666
Emel: pps_scc@sabahcredit.com.my

Mengakses Dan Membetulkan Maklumat Peribadi anda:

Anda mempunyai hak di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 untuk membuat permintaan akses data berhubung dengan data peribadi yang disimpan oleh sesuatu organisasi tentang anda.

Kami perlu mengesahkan identiti sesiapa yang membuat permintaan akses, demi memastikan kami tidak memberikan maklumat anda kepada sesiapa yang tidak berhak mendapatkan maklumat tersebut.

Kami mungkin mengenakan yuran pentadbiran terhadap anda untuk memberikan akses selaras dengan permintaan anda.

Apabila subjek data membuktikan bahawa data peribadi yang disimpan oleh kami tentang mereka adalah tidak tepat, tidak lengkap atau tidak dikemas kini, kami akan membetulkan rekod kami setakat mana yang perlu.

Pindaan:

Notis ini boleh dipinda oleh kami pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa untuk mematuhi keperluan regulatori.