Tanggungjawab Sosial Korporat


Pengenalan

Program Tanggungjawab Sosial Korporat Perbadanan Pinjaman Sabah dimulakan pada tahun 1997. Ia dilancarkan sebagai sebahagian daripada program latihan baru Perbadanan, PRIDE. Program ini melibatkan perlaksanaan projek-projek kemasyarakatan dan amal yang kecil, dilaksanakan secara bersama diantara kakitangan Perbadanan dan pihak yang berkenaan.

Sejak tahun 2005, program ini semakin berkembang dengan melibatkan perlaksanaan projek-projek berskala lebih besar. Kerajaan Negeri Sabah telah memberi kelulusan kepada Perbadanan untuk menggunakan 10 peratus keuntungan selepas cukai Perbadanan untuk program ini. Perlaksanaan projek-projek yang berskala kecil kekal dalam program latihan PRIDE.

Sejak program ini dilaksanakan, beberapa projek komuniti, sosial dan amal telah siap dan diserahkan kepada yang berkenaan. Projek-projek ini dilaksanakan di seluruh Negeri Sabah dan telah memberi faedah kepada beribu rakyat Malaysia di Sabah.

Objektif

Program Tanggungjawab Sosial Korporat Perbadanan Pinjaman Sabah diwujudkan dengan objektif seperti berikut:

  • Untuk memenuhi aspek pembangunan sosial mandat Perbadanan.
  • Membantu Kerajaan Negeri Sabah membasmi kemiskinan dan membentuk masyarakat penyayang dan sivil.
  • Menggalakkan perpaduan, kerja berpasukan dan semangat kekitaan.
  • Menggalakkan peningkatan "emotional intelligence (EQ)" dikalangan kakitangan Perbadanan.
  • Menyediakan ruang untuk pembangunan kepimpinan dikalangan kakitangan Perbadanan.
  • Pembangunan sumber manusia Perbadanan yang sihat, produktif dan luar biasa.

Skop

Program Tanggungjawab Sosial Korporat Perbadanan meliputi berbagai jenis projek. Namun demikian, keutamaan diberikan kepada projek-projek yang ada kaitan langsung dengan pendidikan, kanak-kanak, wanita, ibu tunggal dan orang kurang upaya di kawasan luar bandar. Projek-projek ini melibatkan pembinaan:

  • Asrama sekolah
  • Bilik darjah sekolah
  • Perpustakaan mini
  • Klinik desa
  • Air graviti
  • Jambatan gantung
  • Pusat-pusat kegiataan wanita dan ibu tunggal
  • Pusat-pusat pembelajaran dan aktiviti untuk orang kurang upaya
  • Projek-projek lain yang diluluskan oleh Perbadanan
2013

Bangunan Asrama Desa SK Bunga Raya Keningau

2013

Pusat Perkhidmatan Komuniti Tulid Sook

2016

Tambahan bilik darjah SK Pamilaan Tenom

2017

Penyerahan 2 unit mesin dialisis kepada Hospital Kuala Penyu

2013

Sumbangan kewangan membina gelanggang bola keranjang

2014

Dewan Terbuka SMK Tebobon


2015

Membaik pulih bengkel dan mengubahsuai Bangunan Pertubuhan Orang-Orang Buta Sabah

2016

Sumbangan kewangan pembangunan SM St. Francis Convent

2013

Asrama Desa SK Simpangan Kota Marudu

2015

Asrama Desa SK Melangkap Kota Belud

2016

Bangunan Persinggahan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Ranau

2017

Koonduan Kiau Nuluh Enterprise

2013

Perasmian Jambatang Gantung, Segaliud Sandakan

2015

Bangunan Pesatuan Pesara Kerajaan Sandakan

2015

Penyerahan mesin 2 unit dialisis Kepada Hospital Duchess of Kent Sandakan

2016

Bangunan Pusat Pembelajaran Persatuan Orang-Orang Pekak, Lahad Datu