Sejarah Penubuhan


Pada 15 Jun 1955, North Borneo Credit Corporation (NBCC) telah diperbadankan di bawah "Credit Corporation Ordinance No. 1 of 1955". NBCC mula beroperasi dengan geran pelancaran sebanyak $1 juta hasil sebahagian daripada dana pampasan Jepun. NBCC, pada masa itu ditadbir oleh Kerajaan British dan dikendalikan oleh empat (4) tenaga pekerja.

Pada tahun 1972, nama North Borneo Credit Corporation (NBCC) ditukarkan kepada Perbadanan Pinjaman Sabah (PPS).

Kemudiannya pada tahun 1981 Ordinan "Credit Corporation Ordinance No. 1 of 1955". digantikan dengan Enakmen Negeri No. 22/1981. Maka bermula dari tahun ini kesemua aktiviti Perbadanan Pinjaman Sabah adalah berasaskan enakmen ini.

Struktur


Perbadanan Pinjaman Sabah adalah satu badan berkanun yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sabah di Malaysia dan beroperasi di bawah penyeliaan Kementerian Kewangan Negeri Sabah.

Objektif & Tugas


Objektif utama Perbadanan adalah untuk membantu dalam pembangunan sosio-ekonomi negeri Sabah. Sebagai sebuah institusi kewangan, Perbadanan membantu usaha Kerajaan Negeri Sabah dengan menyediakan atau memudahkan pinjaman kewangan untuk mempromosi dan menggalakkan pelaburan persendirian yang melibatkan pertanian, industri ringan, pembangunan perumahan luar dan dalam bandar, rumah kedai dan kemudahan-kemudahan awam.

Carta Organisasi PPS


Visi & Misi


Visi

"Menjadikan Organisasi yang mampu membawa perubahan "

(Dengan menyumbang kepada Agenda Sosial dan Ekonomi negeri).

Misi

Untuk membantu visi di atas, Perbadanan Pinjaman Sabah telah mengenal pasti 5 kunci strategi :

  • Menambah baik kualiti asset
  • Mengwujudkan amalan kepimpinan diantara kakitangan
  • Menggalakkan amalan sihat yang melindungi alam persekitaran
  • Membantu meningkatkan taraf ekonomi penguasaha kecil
  • Memberikan sumbangan kepada kebajikan masyarakat

Dasar Kualiti


Kami komited untuk memberi perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan kami dengan memenuhi kehendak mereka secara Profesional, Prihatin & Sopan, yang dicapai menerusi penambahbaikan berterusan terhadap Sistem Pengurusan Kualiti demi menjamin kecemerlangan organisasi.

Piagam Pelanggan


  • Memberi layanan yang mesra dan segera.
  • Mengambil tindakan ke atas semua surat pelanggan dalam masa 3 hari bekerja dari tarikh penerimaan.
  • Memberi Keputusan Permohonan Pelanggan:
    • Pembiayaan Bai-Inah (3 hari bekerja dari tarikh penerimaan)
    • Lain-Lain Pinjaman/Pembiayaan (14 hari bekerja)
    • Pinjaman/Pembiayaan Yang Memerlukan Kelulusan Lembaga Pengarah (30 hari bekerja dari tarikh permohonan didaftarkan)
  • Memastikan cek dikeluarkan kepada pelanggan dalam masa 3 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran pinjaman/pembiayaan.
  • Mengembalikan dokumen/sekuriti kepada pemilik dalam masa 7 hari bekerja setelah pinjaman/pembiayaan diselesaikan sepenuhnya.
  • Mengambil tindakan ke atas semua aduan pelanggan dalam masa 3 hari bekerja dari tarikh penerimaan.

Pencapaian Kewangan


Laporan Tahunan 2006

Laporan Tahunan 2007

Laporan Tahunan 2008 Umum

Laporan Tahunan 2008 Kewangan

Laporan Tahunan 2009 Umum

Laporan Tahunan 2009 Kewangan

Laporan Tahunan 2010

Penyata Kewangan 2011

Kad Laporan 2011

Penyata Kewangan 2012

Kad Laporan 2012

Penyata Kewangan 2013

Kad Laporan 2013

Penyata Kewangan 2014

Kad Laporan 2014

Penyata Kewangan 2015

Kad Laporan 2015

Penyata Kewangan 2016

Kad Laporan 2016

Penyata Kewangan 2017

Kad Laporan 2017

Penyata Kewangan 2018

Kad Laporan 2018

Penyata Kewangan 2019

Kad Laporan 2019

Penyata Kewangan 2020

Kad Laporan 2020

Penyata Kewangan 2021

Kemas Kini Kewangan 2021

Penyata Kewangan 2022

Kemas Kini Kewangan 2022

Pengiktirafan Kualiti


Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti - 2015

Anugerah Inovasi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah - 2013

Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK) Negeri Sabah - 2013

Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti - 2012

Anugerah Tadbir Urus Kewangan Terbaik Negeri Sabah - 2010

Laman Web Terbaik Kerajaan Negeri Sabah - 2008,2010

Johan, Pertandingan Laman Web Kerajaan Negeri Sabah (In-House) - 2010

Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti - 2009

Sijil Sistem Kualiti MS ISO 9001:2000

Anugerah Kualiti Ketua Setiausaha Negara (Malaysia) - 2004

Anugerah Kualiti Ketua Menteri (Sabah) - 2004

Anugerah Kualiti Pengurusan Sumber Manusia (Sabah) - 2003

Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan (Sabah) - 2002

Anugerah Kualiti Pengurusan Teknologi Maklumat (Sabah) - 2002

Anugerah Kualiti Pengurusan Sumber Manusia (Sabah) - 2000

Anugerah Kualiti Pengurusan Kaunter (Sabah) - 1999

Anugerah Kualiti Teknologi Maklumat (Sabah) - 1997

Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan (Sabah) - 1996

Juara, Koir Perkhidmatan Awam Negeri Sabah - 2000,2001,2003,2004

Johan, Pertandingan Koir Perkhidmatan Awam (Sabah) - 2005