Latihan Industri


Perbadanan Pinjaman Sabah menyediakan Latihan Industri kepada pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi di Malaysia. Pelatih-pelatih akan ditempatkan di Ibu Pejabat ataupun diantara Pelanggan Daerah diseluruh Sabah.

Pelatih akan diberi "on the job training" seperti kepimpinan dan amalan-amalan kualiti untuk menghadapi cabaran-cabaran dan tekanan kerja. Tumpuan juga diberi untuk kerja berpasukan, disiplin diri dan kemahiran "soft-skills".

Keperluan:-

  1. Diploma atau sarjana muda
  2. Tempoh 10 minggu hingga enam bulan
  3. Mesti sepenuh masa
  4. Kehadiran adalah 100%

Kemudahan-kemudahan yang diberi:-

  1. Elaun bulanan
  2. Asrama (Ibu pejabat dan pusat pelanggan yang tertentu)

Semua permohonan mestilah melalui universiti/kolej bersama dengan resume dan keputusan akademik terkini. Pertanyaan atau permohonan talian boleh dibuat terus kepada Pn. Vicky Ng di internship@sabahcredit.com.my